Thursday, September 4, 2008

Najis dan Jenis-Jenisnya

Agama Islam amat mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, setiap manusia wajib membersihkan diri, pakaian dan tempat daripada najis. Bersih dan suci daripada najis merupakan salah satu syarat untuk menunaikan ibadah serta mengabdikan diri kepada Allah. Najis adalah benda-benda yang kotor dan boleh membatalkan sembahyang. Sebagai umat Islam, kita hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suci dan bersih kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang.


Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.

Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.


Benda-benda Najis

1. Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.

2. Air kencing.

3. Tahi.

4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.

5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair.

6. Muntah.

7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.

8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.

9. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.

10. Anjing dan babi serta keturunannya.
Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang. Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.

Firman Allah;
" Mengenai pakainmu, hendaklah kamu bersihkan" Al Muddatstsi ayat 4.
" Sesungguhnya Allah mengisihi orang orang yang taubat, dan mengisihi orang orang yang bersuci." Al Baqarah ayat 222.



Terdapat tiga bahagian najis iaitu:

1. Najis mukhaffafah (najis ringan).
2. Najis mutawassitah (najis pertengahan).
3. Najis mughallazah (najis berat)


1. Najis Mukhaffafah. (Ringan).
seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.

Rasulullah SAW bersabda;
Ertinya : "Kencing bayi lelaki menyucikannya dengan dipercikkan air kepadanya dan kencing bayi perempuan dengan disuci." Riyawat
Ahmad

Dalam satu hadith lain:
Ertinya : " Barang yang terkena air kencing anak perempuan harus disuci, sedang bila terkena air kencing anak lelaki cukuplah dengan
merecikkan air padanya. Riwayat Abu Daud dan Nasa'i


Cara menyucikan najis mukhaffafah:
- Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
- Percikkan air di tempat yang terkena najis.
- Lap dengan kain bersih sehingga kering.



2. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) - Najis ini terdiri dari segala najis kecuali najis yang tergolong kepada najis berat. Yakni Najis
Mughaladzah. . Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.
2.1 Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing
yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang
kena itu kemudian dilap hingga kering.
2.2 Najis Ainiah. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya yang ada rupa, rasa dan baunya seperti tahi, darah dan lain-lain.
Membersihkan najis ini ialah dengan membasuhnya sehingga hilang segala sifat sifat nya.


Kotoran manusia, berdasar hadiths Anas bin Malik berkata.
" Biasanya Rasulullah SAW pergi kebilek air lalu saya ( Anas bin Malik)
dan seorang anak lelaki sebayaku membawakan sebaldi air dan sebuah tongkat. Tetapi baginda beristinjak dengan air " - Bukhari dan Muslim.
Nabi SAW bersuci setelah buat hajat besar itu menunjukkan bahawa kotoran manusia itu najis.


Kencing Manusia, berdasarkan perintah Nabi SAW kepada sahabat sahabat nya menyiram kencing seorang Arab Gunung yang kencing disudut masjid Nabi SAW.
Ertinya : Nabi SAW menyuruh mengambil segayuny air, lalu disiramkan diatas tempat yang dikencingi (oleh orang Arab gunung tersebut)".- Bukhari dan Muslim.

Wadi, iaitu air putih kental yang keluar mengiringi kencing. Wadi ini najis berdasarkan ucapan Aisyah:
Ertinya :- " Wadi itu keluar setelah kencing. Maka hendaklah orangnya mencuci kemaluannya lelaki mahupun wanita dan wuduk, tetapitidak mandi." Ibnu Mundzir.
Dicucinya kemaluan yang keluar wadi menunjukkan wadi itu najis.

Madzi, iaitu air putih yang bergetah yang keluar kerana mengangan angan jimak atau ketika bergurau dengan perempuan maka is tergolong najis, berdasar hadith Ali,
Ertinya :- " Saya lelaki yang sering keluar madzi, Maka kusuruh seorang lelaki, kerana akulah suami puterinya. Lalu is bertanya. Maka jawab baginda kepadanya: Wuduklah dan cucilah kemaluanmu". Bukhari.

Darah haid dan darah nifas :
Darah haid iaitu darah merah kekuning kuningan atau kuning bercampur coklat yang keluar dari alat perempuan, bukan kerana luka dan cedera.
Darah nifas iaitu darah perempuan sewaktu melahirkan anak dan berjalan hingga 40 hari. Darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadith dari Asma puteri Abu Bakar, bahawa Nabi SAW bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.
Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudia ia (boleh) solat dengan kainnya itu." Bukhari dan Muslim

Adanya perintah mencuci kain yang terken dara haid itu menunjukkan najisnya darah haid. Begitu pula darah nifas hukumnya sama dengan darah haid.

Darah :- Baik ia darah yang mengalir atau tertumpah, misalnya yang mengalir dari haiwan yang disembelih, ataupun darah haid. Tetapi dima'afkan kalau hanya sedikit.
Dari Aisyah r.a. katanya : " kami makan daging sedang darah nampak merupakan benang benang dalam periuk." - Bukhari.



3. Najis Mughallazah. (berat) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.

Sabda Rasullullah (SAW)
cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).




Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).

Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.


Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).

1. Najis Ainiyah.
i. Buangkan najis itu terlebih dahulu.
ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.

2. Najis Hukmiyah.
i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.


Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)
* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya, lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.


Peringatan.

1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.

2. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).


Cara Menyucinya.

Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).

Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan ainnya.


Cara Menyucikan Kulit Bangkai

Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci.

Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis.


Cara menyucikan cairan yang memabukkan.

Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya.

Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:

1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.

2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.

3. Belalang.

4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.

5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.



Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

1. Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:
i. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan.

2. Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman. Air minuman itu tidak najis.



Air Liur Basi

Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.

1. Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.

2. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.



Hukum Madu

1. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah.

2. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.

3. Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.

Tuesday, September 2, 2008

Hikmah-Hikmah Bersuci

1. Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit

2. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci.

3. Kebersihan lahir juga membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.

4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia, agar dengan itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya.

5. Kebersihan dapat mencerminkan keperibadian seseorang.

Hukum Qada' Hajat ( Buang Air )


Qada Hajat atau Buang Air terbahagi kepada tiga hukum:

1. Cara yang haram.

2. Cara yang makruh.

3. Cara yang sunat.


Cara Qada Hajat yang diharamkan.

1. Membawa bersama sesuatu yang bertulis ayat-ayat quran, hadis atau nama-nama para rasul ketika qada hajat.

2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yang berdinding maka tidaklah diharamkan.

3. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yang diketahui di dalamnya ada haiwan.

4. Qada hajat di atas kubur.

5. Membuang air di tempat ibadah seperti di surau, masjid, musalla dan sebagainya.

6. Membuang air di atas kitab-kitab agama .

7. Membuang air di atas makanan.

8. Membuang air di tempat perhentian orang ramai atau di jalan raya.


Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.

1. Membuang air sambil berdiri kecuali dengan keuzuran atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk seperti disebabkan sakit.

2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara yang tidak penting, kecuali dalam keadaan darurat.

3. Membuang air di dalam lubang yang tidak diketahui di dalamnya ada binatang atau tidak.

4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan

5. Membuang air dalam air tenang yang tidak mengalir.

6. Membuang air berhampiran dengan kawasan perkuburan.


Cara-cara Qada Hajat Yang disunatkan.

1. Membuang air di tempat terselindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu.

2. Memulakan masuk ke dalam taandas dengan menggunakan kaki kiri.

3. Ketika hendak masuk, baca doa ini:

Ertinya : " wahai tuhanku, aku berlindung padaMu dari kejahatan syaitan jantan dan betina. "

4. Memakai alas kaki seperti selipar dan kasut ketika masuk tandas.

5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar dan sebagainya ketika qada hajat.

6. Beristibak, iaitu berdehem-dehem supaya najis habis keluar.

7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah kaki kanan dahulu.

8. Ketika keluar dari tandas, membaca doa ini.

Ertinya: "Wahai tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku."


Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air.

1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh daripandangan orang (kiranya tidak menggunakan tandas).

2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dengan membawa sesuatu yang ada kalimah Allah.

3. Jangan membuka pakaian sebelum berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar aurat tetap terjaga sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh hukum syariat.

4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan disunatkan berdoa:

"ya Allah , hamba berlindung padamu dari segala yang kotor dan keji"

5. Janganlah buang air dengan menghadap ke arah kiblat atau membelakanginya jika sekiranya di tempat-tempat yang tidak berdinding..

6. Jangan membuang air besar atau air kecil (berak atau kencing) di tempat orang biasa berteduh, di jalan-jalan, di tempat mandian atau di bawah pokok yang berbuah.

7. Janganlah bercakap-cakap sewaktu buang air.


Adab buang air

1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke tandas, dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar.

2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran, atau hadis atau zikrullah ke dalam tandas.

3. Hendak memakai sepatu atau terompah atau seumpamanya.

4. Hendaklah jauh dari orang sehingga bau kotoran tidak sampai kepadanya.

5. Janganlah berkata-kata selama dalam tandas itu, kecuali apabila ada keperluan yang sangat penting yang tidak dapat ditangguhkan.

6. Jangan buang air di air yang tenang, kecuali jika air tenang itu terbentang luas seperti tasik yang luas atau laut.

7. Jangan buang air di lubang tanah, kerana kemungkinan ada binatang yang mendapat kesakitan di dalam lubang itu.

8. Jangan membuang air di atas kubur.

9. Jangan membuang air besar atau kecil di tempat-tempat beribadat seperti masjid, surau dan sebagainya (Kecuali di tandas-tandas yang telah disediakan di tempat-tempat ibadat tersebut).

10. Jangan membuang air di atas kitab-kitab agama atau di atas makanan.

11. Jangan buang air di mana-mana tempat perhentian.

Istinjak



Istinjak Ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan.

Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu dari qubur atau dubur, wajib istinjak dengan menggunakan air atau dengan tiga ketul batu.


Hukum Istinjak

Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh. Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang kecil.
(Hadis Riwayat; Bukhari dan Muslim)



Syarat Istinjak

1. Menghilangkan rasanya.

2. Menghilangkan baunya.

3. Menghilangkan warnanya.


Rukun Istinjak.

1. Seorang Islam.

2. Alat untuk istinjak, dengan menggunakan air, batu, kertas atau seumpamanya.

3. Tempat yang diistinja iaitu qubul dan dubur.

4. Yang diistinjakkan itu sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubur atau dubur.





Cara mengerjakan Istinjak.

1. Istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci.

2. Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.

3. Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.


Cara beristinjak dengan Air (Air Mutlak).

1. Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di atas tempat najis.

2. Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri.

3. Makruh memasukkan jari ke dalam dubur.

4. Bagi perempuan yang dara semasa beristinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkan sedikit ruas jarinya.

5. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tidak terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.

6. Sunat selepas intinjak menggosak tangan ke tanah sebelum membasuh tangan.

7. Sunat ketika intinjak membaca doa :

Ertinya ; " Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku daripada kejahatan. "

8. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak.

9. Hendaklah hilang ain najis, warna dan rasanya (rasa di tangan). Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosak dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.*


Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda-benda kesat yang suci dengan syarat.

1. Benda itu mesti kering sama ada kayu, batu, daun dan lain-lain. Kalau ia basah, maka tidak boleh digunakan.

2. Benda itu mesti kesat. Kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak seperti kertas atau plastik atau belakang buluh.

3. Benda itu bukan benda yang dihormati seperti makanan, pakaian, tulang atau seumpamanya.

4. Bukan benda-benda yang bertulis dengan ayat-ayat al-quran, hadis dan seumpamanya. Sekiranya ada , berdosa menggunakannya.

5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecer ke tempat lain maka air diperlukan untuk beristinjak.

6. Hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dengan tiga ketul batu ataupun dengan sebiji batu tiga persegi. kiranya masih suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.





Cara Beristinjak dengan menggunakan batu pada dubur.

1. Sunat dimulai dengan menyapu yang pertama pada bahagian hadapan papan punggung yang kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.

2. Kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian hadapan papan punggung kiri lalu diedarkan kepada tempat permulaan disapu.

3. Sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur.

4. Sunat ketika menyapu dimulai pada tempat yang suci ke tempat yang ada najis secara perlahan-lahan.

5. Sunat istinjak dengan batu, dahulukan istinjak pada dubur kerana najis pada dubur lebih dahulu kering daripada qubur. Jika najis kering, wajib menggunakan air.


Cara Istinjak Dengan Batu Pada Qubul ( Zakar atau Faraj ).

Disapu di tiga tempat pada batu besar atau tiga ketul batu. Jika diulang-ulang di tempat yang sama dengan satu batu, maka wajib beristinjak dengan menggunakan air.


Hal-hal yang perlu diperhatikan ketika istinjak.

1. Jangan bersuci dengan tulang, makanan atau tahi kering.

2. Jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar dengan tangan kanan.

3. Hendaklah bersuci dengan batu dalam bilangan ganjil, seperti tiga ketul batu, lima ketul batu dan sebagainya.

4. Bila bersuci dengan air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu, kemudian dengan air, bila memilih salah satu, pilihlah air kerana air lebih baik digunakan untuk bersuci.


Friday, August 29, 2008

Jenis-Jenis Bersuci


1. Menyuci badan daripada hadas kecil.

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.


2. Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi. Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.


3. Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.


4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

Taharah (Bersuci)



Ertinya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)



Pengertian Bersuci:

Pada Bahasa:
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak:
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.



Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:

1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.

2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.

3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.

4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.


Taharah zahir dan batin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas. Membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

Rahsia 13


Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr . A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan korang yang perasan!!!"

Menyesuaikan ilmu fardu ain dan kifayah

Persediaan penting yang perlu dibuat pada masa kini ialah berkaitan persoalan keilmuan. Sejajar dengan abad ke-21 yang dikatakan abad ilmu dan teknologi maklumat, tentunya umat Melayu yang beragama Islam perlu lebih bersedia dalam aspek ini.

Di samping memantapkan diri dengan aspek-aspek ilmu yang bersifat fardu ain, umat Islam juga perlu mantap dan menguasai pelbagai bidang ilmu fardu kifayah, yang sering diungkapkan sebagai ilmu moden dan profesional. Sesungguhnya penguasaan terhadap keilmuan ini merupakan prasyarat yang perlu dipenuhi jikalau umat Melayu Islam ingin menjadi golongan yang berpengaruh pada masa kini dan juga akan datang.

Secara umumnya ilmu dalam tradisi Islam diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu yang disebut ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu yang berkaitan dengan persoalan asas Islam, iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Ilmu fardu ain ini amat berkait dengan hal-hal pembentukan peribadi orang Muslim. Peribadi Muslim yang hakiki tidak akan dapat diwujudkan tanpa keteguhan akidah, kesahihan ibadah dan keluhuran akhlak. Imam al-Ghazali menghuraikan ilmu fardu ain ini dalam kelompok ilmu al-Muamalat, yang melibatkan ilmu tentang akidah (kepercayaan), fiil (perbuatan) dan tark (peninggalan). Ilmu yang paling utama dan wajib dipelajari oleh seseorang muslim ialah mengenai persoalan akidah. Ia menyentuh persoalan syahadah dan seluruh Rukun Iman, Islam dan implikasinya kepada kehidupan dan perlakuan manusia.

Ilmu fiil iaitu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan penyempurnaan ibadat seseorang seperti tatacara bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Di sebalik amalan-amalan tersebut, terdapat hikmah dan rahsia tertentu yang memberi kesan kepada kehidupan manusia.

Manakala ilmu tark (peninggalan) ialah ilmu-ilmu yang wajib dipelajari yang melibatkan hal-hal yang wajib ditinggalkan oleh seseorang Muslim, seperti membunuh, berzina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Termasuk juga di sini perihal sifat-sifat hati dan kejiwaan yang wajib ditinggalkan seperti sifat-sifat wujub dan keji yang lain. Untuk meninggalkan sifat dan perkara-perkara buruk tersebut, ia perlu juga mengetahui punca dan cara untuk menghindarinya.

Maka, jelaslah ilmu fardu ain adalah ilmu yang berkait rapat dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan yang berteraskan akidah, ibadah dan akhlak. Ilmu-ilmu ini akan membolehkan manusia menghayati tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu-ilmu yang diwajibkan untuk dipelajari oleh masyarakat Islam secara kolektif bukan secara individu sebagaimana ilmu fardu ain. Ilmu fardu kifayah ini biasanya berkaitan dengan keperluan sesebuah masyarakat untuk mampu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Cakupan ilmu fardu kifayah ini amat luas. Imam al-Ghazali telah menghuraikan beberapa bidang ilmu fardu kifayah, seperti ilmu perubatan untuk kepentingan kesihatan, ilmu hisab bagi urusan perniagaan, kewangan dan harta pusaka, ilmu perusahaan untuk menyelesaikan masalah makanan dan pemakanan, ilmu pertukangan untuk urusan tempat tinggal, pakaian dan seumpamanya, ilmu siasah untuk menguruskan hal ehwal pemerintahan, perjalanan hukum Allah s.w.t dalam masyarakat dan seumpamanya.

Penguasaan bidang-bidang ilmu tersebut dan beberapa bidang ilmu sains dan teknologi merupakan satu keperluan bagi menyempurnakan ibadat umat Islam. Misalnya ilmu astronomi begitu penting kepada umat Islam bagi menentukan arah kiblat, tarikh permulaan puasa dan Hari Raya, waktu wukuf, waktu solat dan sebagainya. Berdasarkan keperluan sedemikian umat Islam perlu gigih meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang boleh menjurus umat Islam ke arah kecemerlangan.

Jelaslah ilmu fardu kifayah ini bukanlah hanya berkaitan dengan pengurusan jenazah, sebagaimana tanggapan sesetengah umat Islam. Tetapi cakupannya amat luas, iaitu seluas keperluan bidang ilmu tersebut kepada masyarakat.

Konsep ilmu fardu kifayah ini menonjolkan sikap Islam yang begitu terbuka kepada ilmu baru yang penting, di samping mengisytiharkan adanya penyusunan tugas dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ia juga menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf perbezaan kecenderungan dan kemampuan manusia dalam menguasai satu-satu bidang ilmu. Di sini manusia perlu meneroka dan mengembangkan potensinya dalam rangka menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.

Sesungguhnya ilmu fardu kifayah adalah asas penting ke arah kemantapan sesebuah masyarakat. Dengannya sesebuah masyarakat itu boleh berdikari dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri.

Dengan penguasaan pelbagai bidang ilmu fardu kifayah ini, masyarakat akan mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kemerdekaan. Masyarakat dan negara yang kuat, merdeka dalam erti kata yang sebenarnya mampu melahirkan tamadun yang unggul.

Dari sudut penyusunan ilmu-ilmu ini, jelaslah bahawa ilmu fardu ain perlu didahulukan kerana ia merupakan asas yang penting dalam pembinaan individu. Individu yang sempurna asas pembentukan peribadi itu perlu dimantapkan oleh ilmu fardu kifayah yang akan menyediakannya asas untuk berkhidmat dan memainkan peranan yang berkesan dalam masyarakat.

- Mohd Shukri Hanapi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Fardu Kifayah

Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya. Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup. Lain dari Sembahyang Jumaat yang merupakan Fardu Ain. Setiap Islam dimestikan solat jumaat.

Fardu ‘Ain

Di dalam Islam, ada dua bentuk ilmu fardu, yakni ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Ia merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.