Monday, January 10, 2011

Sekadar untuk menjadi seorang hamba

Apa bezanya antara manusia yang mengetahui dirinya hamba dan manusia yang merasai dirinya hamba? Manusia pertama sekadar tahu, dan manusia kedua pula bahkan merasa dirinya hamba. Tentu besar bezanya bukan? Marilah kita semua mengajak diri kita merenung sejenak, sekadar 5 minit daripada 1440 minit masa harian kita.

Manusia yang mengetahui dirinya hamba
Boleh dikatakan, semua orang yang mengaku islam mengtahui dirinya hamba. Sebagai contoh, apabila kita menderma kepada mana-mana agensi agama dan kebajikan, nama sang pemberi ditulis sebagai ‘hamba Allah’. Begitu juga di masjid-masjid, apabila ada kehilangan barang, pengumuman pastinya berbunyi ‘kepada mana-mana hamba Allah yang kehilangan ….. sila berjumpa tuan imam utnuk menunutnya kembali’ .begitulah lebih kurang. Saya juga kadangkala apabila ingin menyembunyikan ‘dentiti’saya, saya sekadar mengaku sebagai Abdulllah (hamba Allah dalam bahasa Arab). Oleh itu, bolehlah saya menyatakan bahawa semua orang mengetahui perkara ini.
Tetapi persoalannya, mengapa masih banyak maksiat yang terang, nyata lagi bersuluh sengaja dilakukan oleh kita si hamba Allah ini? Adakah hamba yang sebenar akan melanggar arahan dan suruhan Tuannya sesuka hati, namun apabila ditanya, dia menjawab dia adalah hamba Tuannya itu. Pelik bukan? Sebagai contoh, seseorang amah a.k.a pembantu rumah, tidak selayaknya digelar amah jika segala arahan majikannya a.k.a tuan rumah dilanggar sewenag-wenagnya. Disuruh memasak, dia menonton TV, disuruh membasuh kain, dia membaca komik, disuruh menjaga anak, dia terajang anak, dan apabila cukup bulan , gaji sentiasa mahu. Jika begini gelagat pembantu rumah, tak hairanlah ada yang di’ajar’. Pasti syarikat yang membawa amah jenis ini cepat gulung tikar.Tentu saja tuanya tidak muhu mengaku yang amah itu, ialah amahnya, Manakan tidak? disuruh , ingkar .Sekadar mengaku tidak cukup. Apa agaknya perasaan kita jika Allah tidak mengaku kita ini adalah hambanya? pasti sedih tak sudah, kita hanya ada SATU TUHAN dan Allahlah tuhan kita itu. Tiadalah dua baginya.Nauzubillah min zaalik
Tetapi, semua amah sepatutnya bukan sekadar tahu dia adalah aman tuannya, tetapi juga merasai dirinya adalah amah tuanya. dengan itu, barulah dia dapat bekerja dengan lebih tekun dan amanah. Bukan sahaja mendapat gaji, bahkan disenangi oleh tuanya.

Manusia yang merasai dirinya hamba
Apabila manusia merasai dirinya adalah hamba Allah, dia akan merasai perasaan memiliki dan dimiliki. Apa yang dimiliki? Amanah.Siapa pula yang memiliki dirinya? Allah tentunya. Maka dengan perasaan ini, akan timbul sifat IHSAN. Apakah itu sifat IHSAN?
“IHSAN ialah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika tidak dapat melihat-Nya yakinlah bahawa Dia melihatmu”
(Riwayat al-Bukhari)
Bukan mudah untuk berasa sebegini. Perasaan ini memerlukan kita untuk merasai dan mengetahui tujuan asal kita kesini, dan ke mana kita seterusnya. Saya tidak becadang untuk memberatkan fikiran dengan perkara-perkara ‘tasawuf’ seperti ini, tetapi ingatlah, Awal agama ialah mengenal Allah. Dan soalan seterusnya ialah, adakah kita berusaha untuk mengenal Allah, Tuan kita?
Jika jawapannya ya, maka teruskanlah wahai saudara, semoga Allah mengizinkan untuk kita mengenalinya . Dan jika jawapannya tidak, beristigfarlah, kembalilah, mari ke sini semula, selagi mana matahari tidak terbit daripada Barat dan nyawamu tidak sampai di kerongkongmu, masih ada harapan untuk bertaubat kembali. Semua orang adalah pendosa, maka sebaik-baik pendosa ialah mereka yang selalu bertaubat.

Pilihlah yang mana satu.
Adakah anda memilih untuk sekadar tahu kita semua dalah hamba Allah? , Atau merasai kita adalah hamba Allah? Saya akan memilih yang kedua, dan saya akan berusaha untuk merasai diri saya adalah hamba Allah. Marilah kita bersama-sama berusaha, bukannya banyak, sekadar berusaha untuk MERASAI DIRI KITA ADALAH HAMBA ALLAH. Semoga Allah reda.


Sunday, January 9, 2011

Air Tangan Orang Yang Tak Solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan?

Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia..Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Hati² apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu.

Wa'allahualam...