Friday, August 29, 2008

Jenis-Jenis Bersuci


1. Menyuci badan daripada hadas kecil.

Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran.


2. Menyuci badan daripada hadas besar.

Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi. Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran.


3. Istinjak.

Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.


4. Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid.

Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.

Taharah (Bersuci)



Ertinya:

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)



Pengertian Bersuci:

Pada Bahasa:
Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak:
Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.



Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu:

1. Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu.

2. Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa.

3. Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk.

4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.


Taharah zahir dan batin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas. Membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

Rahsia 13


Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr . A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan korang yang perasan!!!"

Menyesuaikan ilmu fardu ain dan kifayah

Persediaan penting yang perlu dibuat pada masa kini ialah berkaitan persoalan keilmuan. Sejajar dengan abad ke-21 yang dikatakan abad ilmu dan teknologi maklumat, tentunya umat Melayu yang beragama Islam perlu lebih bersedia dalam aspek ini.

Di samping memantapkan diri dengan aspek-aspek ilmu yang bersifat fardu ain, umat Islam juga perlu mantap dan menguasai pelbagai bidang ilmu fardu kifayah, yang sering diungkapkan sebagai ilmu moden dan profesional. Sesungguhnya penguasaan terhadap keilmuan ini merupakan prasyarat yang perlu dipenuhi jikalau umat Melayu Islam ingin menjadi golongan yang berpengaruh pada masa kini dan juga akan datang.

Secara umumnya ilmu dalam tradisi Islam diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu yang disebut ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Ilmu fardu ain ialah ilmu-ilmu yang diwajibkan ke atas setiap Muslim yang akil baligh untuk mempelajari dan mengamalkannya. Ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu yang berkaitan dengan persoalan asas Islam, iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Ilmu fardu ain ini amat berkait dengan hal-hal pembentukan peribadi orang Muslim. Peribadi Muslim yang hakiki tidak akan dapat diwujudkan tanpa keteguhan akidah, kesahihan ibadah dan keluhuran akhlak. Imam al-Ghazali menghuraikan ilmu fardu ain ini dalam kelompok ilmu al-Muamalat, yang melibatkan ilmu tentang akidah (kepercayaan), fiil (perbuatan) dan tark (peninggalan). Ilmu yang paling utama dan wajib dipelajari oleh seseorang muslim ialah mengenai persoalan akidah. Ia menyentuh persoalan syahadah dan seluruh Rukun Iman, Islam dan implikasinya kepada kehidupan dan perlakuan manusia.

Ilmu fiil iaitu ilmu-ilmu yang berkaitan dengan penyempurnaan ibadat seseorang seperti tatacara bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Di sebalik amalan-amalan tersebut, terdapat hikmah dan rahsia tertentu yang memberi kesan kepada kehidupan manusia.

Manakala ilmu tark (peninggalan) ialah ilmu-ilmu yang wajib dipelajari yang melibatkan hal-hal yang wajib ditinggalkan oleh seseorang Muslim, seperti membunuh, berzina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Termasuk juga di sini perihal sifat-sifat hati dan kejiwaan yang wajib ditinggalkan seperti sifat-sifat wujub dan keji yang lain. Untuk meninggalkan sifat dan perkara-perkara buruk tersebut, ia perlu juga mengetahui punca dan cara untuk menghindarinya.

Maka, jelaslah ilmu fardu ain adalah ilmu yang berkait rapat dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan yang berteraskan akidah, ibadah dan akhlak. Ilmu-ilmu ini akan membolehkan manusia menghayati tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini.

Ilmu fardu kifayah pula ialah ilmu-ilmu yang diwajibkan untuk dipelajari oleh masyarakat Islam secara kolektif bukan secara individu sebagaimana ilmu fardu ain. Ilmu fardu kifayah ini biasanya berkaitan dengan keperluan sesebuah masyarakat untuk mampu berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain.

Cakupan ilmu fardu kifayah ini amat luas. Imam al-Ghazali telah menghuraikan beberapa bidang ilmu fardu kifayah, seperti ilmu perubatan untuk kepentingan kesihatan, ilmu hisab bagi urusan perniagaan, kewangan dan harta pusaka, ilmu perusahaan untuk menyelesaikan masalah makanan dan pemakanan, ilmu pertukangan untuk urusan tempat tinggal, pakaian dan seumpamanya, ilmu siasah untuk menguruskan hal ehwal pemerintahan, perjalanan hukum Allah s.w.t dalam masyarakat dan seumpamanya.

Penguasaan bidang-bidang ilmu tersebut dan beberapa bidang ilmu sains dan teknologi merupakan satu keperluan bagi menyempurnakan ibadat umat Islam. Misalnya ilmu astronomi begitu penting kepada umat Islam bagi menentukan arah kiblat, tarikh permulaan puasa dan Hari Raya, waktu wukuf, waktu solat dan sebagainya. Berdasarkan keperluan sedemikian umat Islam perlu gigih meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang boleh menjurus umat Islam ke arah kecemerlangan.

Jelaslah ilmu fardu kifayah ini bukanlah hanya berkaitan dengan pengurusan jenazah, sebagaimana tanggapan sesetengah umat Islam. Tetapi cakupannya amat luas, iaitu seluas keperluan bidang ilmu tersebut kepada masyarakat.

Konsep ilmu fardu kifayah ini menonjolkan sikap Islam yang begitu terbuka kepada ilmu baru yang penting, di samping mengisytiharkan adanya penyusunan tugas dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Ia juga menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf perbezaan kecenderungan dan kemampuan manusia dalam menguasai satu-satu bidang ilmu. Di sini manusia perlu meneroka dan mengembangkan potensinya dalam rangka menyempurnakan tuntutan fardu kifayah.

Sesungguhnya ilmu fardu kifayah adalah asas penting ke arah kemantapan sesebuah masyarakat. Dengannya sesebuah masyarakat itu boleh berdikari dan mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka sendiri.

Dengan penguasaan pelbagai bidang ilmu fardu kifayah ini, masyarakat akan mempunyai ciri-ciri kekuatan dan kemerdekaan. Masyarakat dan negara yang kuat, merdeka dalam erti kata yang sebenarnya mampu melahirkan tamadun yang unggul.

Dari sudut penyusunan ilmu-ilmu ini, jelaslah bahawa ilmu fardu ain perlu didahulukan kerana ia merupakan asas yang penting dalam pembinaan individu. Individu yang sempurna asas pembentukan peribadi itu perlu dimantapkan oleh ilmu fardu kifayah yang akan menyediakannya asas untuk berkhidmat dan memainkan peranan yang berkesan dalam masyarakat.

- Mohd Shukri Hanapi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Fardu Kifayah

Fardu Kifayah merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh sesebuah komuniti orang Islam yang baligh dan berakal. Tidak perlu setiap orang membuatnya, tetapi sekiranya dilakukan oleh segolongan daripada mereka, maka lepaslah kewajipan terhadap yang lainnya. Contohnya adalah seperti menyembahyangkan jenazah. Tidak perlu keseluruhan ummah datang untuk menyembahyangkan si-mati, hanya beberapa orang sudah cukup. Lain dari Sembahyang Jumaat yang merupakan Fardu Ain. Setiap Islam dimestikan solat jumaat.

Fardu ‘Ain

Di dalam Islam, ada dua bentuk ilmu fardu, yakni ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu ‘ain ialah ilmu yang wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan berakal. Ia merupakan tanggungjawab individu. Sebelum dia mengerjakannya, kekal wajib dia melakukannya. Contohnya adalah seperti mengerjakan solat lima waktu dalam sehari semalam.